Thursday, May 1, 2014

AHLAN WA SAHLAN SHARUL REJAB

Assalamualaikum
dan salam sejahtera
ann doakan agar semua sekali 
berada dalam keadaan
sihat dan dilindungi oleh ALLAH.



Tiba sudah kita ke bulan rejab
bulan rejab juga dikenali sebagai 
Bulan ALLAH.


Jika kita takutkan manusia kita mungkin lari
tapi berlainan jika kita takutkan ALLAH
kita seharusnya menjadi lebih dekat
dengan ALLAH


Rejab bermaksud kebesaran atau kemuliaan
dan ia membawa maksud bulan yang
dibesarkan atau dimuliakan,masyarakat
jahiliyah menamakan bulan ini
dengan bulan rejab kerana mereka
memuliakan dan menghormati bulan ini 

dengan mengharamkan peperangan di dalamnya.

Rasulullah S.A.W mengekalkan nama ini
dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan rejab
Bagi kita umat islam,kita memperingati dan memuliakan
bulan rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku
kepada Rasulullah S.A.W iaitu peristiwa isra' dan mi'raj.


PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM BULAN REJAB


1.Hijrah pertama
2.isra' dan mi'raj
3.Perang tabuk
4.pembebasan baitul mukaddis
5.Lahirnya imam As Syafie RH


Kita juga disunatkan untuk perbanyakkan
berpuasa dalam bulan rejab banyak manfaat 
dan ganjaran yang boleh didapat dalam 
bulan rejab

Antara amalan yang boleh dilakukan perbanyakkan
berpusa dan berdoa


Sekian terima kasih 




Thursday, April 24, 2014

WALLPAPER ISLAMIK SAYA

Bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua 
ann doakan agar semua sekali berada 
dalam lindungan ALLAH.

Untuk entry kali,ann tak akan 
bercerita panjang.ann tak la
pandai sangat dalam dunia
photography ini,boleh sikit-sikit

Ann bukanlah seorang yang pandai
berkata-kata sangat,cumalah
seorang hamba ALLAH yang
berusaha untuk mencari redha NYA.

Puas ann bergelumang dosa
ann dah tak nak hidup dengan dosa lagi.

Dekat bawah ada sikit-sikit gambar-gambar
yang ann hasilkan bertemakan islamik

Maaf jika tersilap ayat atau salah ejaan
sama-samalah kita hayati

Gambar ka'abah asli yang diambul sendiri
oleh ibubapa ann,sewaktu mengerjakan haji
tahun 2010,ann selalu mendengar ibu ann
bercerita mengenai bumi mekah & madinah
kadang-kadang terlihat air mata jernih yang
mengalir dekat mata ibu,ann ingin sekali
ke sana mudah-mudahan ALLAH pilih ann
suatu hari nanti,ann akan berusaha
kumpul duit.

Saudara-saudari kita di palestin,syria,
mesir,rohingya mereka susah dan sering
tertindas.Sama-samalah kita berdoa agar
mereka selamat dan dilindungi ALLAH



Kadang-kadang bila ann ridu ALLAH selain
solat dan membaca Al-Quran ann akan rajin
merenung langit.terasa diri hina dan kecil




Percayalah pada ALLAH,rezeki itu datang
atas takdirNYA janganlah sesekali
mencuba mencari rezeki yang haram memang
nikmat,tapi apa gunanya azab di akhirat
biarlah susah di dunia senang di sana.




Antara koleksi buku-buku ann,secara jujurnya sebelum ann
berhijrah ann bermula dengan buku-buku komik,ann berasal
daripada keluarga yang suka membaca arwah datuk ann
dulu sangup buat "penjara buku" untuk mengelakkan kami
koyakkan buku arwah datuk ann.

Ann bukanlah seorang yang pandai berpuisi
atau mengeluarkan kata-kata manis
hanyalah seorang hamba yang kerdil
Secara jujurnya dulu niat bila bekerja
nak menunjuk-nunjuk dekat orang,tapi kini
target ann ingin kumpul seberapa banyak
duit nak ke tanah suci mekah


Sampai disini dulu entry ann untuk kali ini
jika ada rezeki kita akan bertemu di entry 
akan datang

assalamualaikum





Saturday, April 5, 2014

Sakura at Bertam


Assalamualaikum
dan salam sejahtera

Ann doakan semoga semua sekali 
berada dalam lindungan ALLAH

Mesti semua tertanya-tanyakan?kenapa tajuk
entry kali ini macam itu,sebenarnya di taman ann
sekarang nie tengah lebat berbunga.bunga yang 
nampak seolah-olah bunga sakura dekat jepun.

Ann tak tahu nama bunga tu,tapi ramai yang 
mengelarnya sakura malaysia hehehe
Alhamdulillah,ALLAH baik kepada hamba-hambanya
tetapi kadang-kadang sesetengah hamba-hambaNYA
yang lupa.

Kadang-kadang bila direnung pada ciptaan ALLAH
ann terasa sangat kerdil sekali,kita patut lebih lagi 
bersyukur padaNYA.

Dekat bawah ada beberapa gambar yang sempat ann
snap enjoy guys













Cantikan sampai disini dahulu samai berjumpa lagi

Sunday, March 16, 2014

Pray for MN370

Assalamualaikum
dan salam sejahtera

Ann doakan agar semua sekali sihat dan sentiasa
berada dalam lindungan ALLAH

Untuk entry hari ini mengenai kehilangan pesawat MH370
yang mengemparkan seluruh dunia.Alhamdulillah banyak 
negara yang sudi menghulurkan bantuan membantu malaysia
di saat kita berada dalam kesusahan.

Mari la kita sama2 berdoa agar pesawat yang hilang 
agar selamat.marilah sama2 kita berdoa.agar kesemua 
kru dan penumpang selamat.

Ann tidak la mampu untuk membuat program 
cukuplah sekadar megumpul tanda tangan
rakan-rakan sekolej sebagai tanda sokongan

Mula-mula ann agak ragu-ragu la juga,takut juga
kalau-kalau orang cakap ann yang lebih-lebih
alhamdulillah ann tak sangka ramai yang menyokong
ada antara kawan-kawan ann yang sanggup tolong 
cari tempat untuk meletakkan tanda tangan. 
hanya ALLAH sahajalah yang mampu membalasnya.

Di bawah sedikit gambar mengenai pray for mh370

Rakan-rakan yang dan lecture yang sudi menjayakan program
MH370




Bagi pihak ann,ann mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua yang sudi menyokong

Alhamdulillah ramai yang sudi untuk memberi sokongan

Akhirnya semua tanda tangan  dilekatkan di atas papan yang
khas untuk MH370

Bersama bekas lecutere kawan kawan dari kelantan



 Itu sahajalah entry untuk kali ini 
terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke blog ann
sama-samalah kita doakan agar pesawat MH370 selamat.

Assalamualaikum semua

Tuesday, February 25, 2014

My doodle

Assalamualaikum semua!


ann disini mendoakan agar korang semua sihat dan diberkati ALLAH.


Tajuk untuk minggu ini,ringkas aje ann tak akan tulis panjang-panjang sangat.
just enjoy the picture guys

Semua alat-alat tulis yang ann gunakan untuk melukis
tak la mahal manaa pun kebanyakan berharga rm1.00




Random doodle


Doodle bentuk hati atas permintaan
sepupu.

Doodle ni dispirasikan dari tumbuh-tumbuhan air 

Ann tak la pandai sangat nak lukis potret macam ni.
heheheh buruk sikit

Dispirasikan daripada bunga
kekwa

Ikan peliharaan kami mati inspirasi ikan yang mati tu


Sampai disini dahulu semoga kita berjumpa lagi Assalamualikum!

Friday, February 21, 2014

HIJRAH

Assalamualaikum semua!

kini ann kembali,terlebih dahulu ann ingin memohon maaf sebab terlalu lama
menyepi.bagi sesiapa yang mengenali ann atau menjadi friend untuk FB ann
mungkin anda mengetahui ann macam dulu.

Ann sekarang

Dulu ann pernah tersesat dan hampir-hampir jatuh ke dalam jurang kesesatan
kerana satu peristiwa,ianya banyak mengudah ann sepenuhnya,ann pun tak pernah
terfikir ALLAH memberi hidayah kepada ann melalui mimpi.mimpi yang berantai 
seakan-akan bersambung.

Rumah ALLAH yang mendamaikan

Pada awalnya seminggu berturut-turut ann mimpi jalan.jalan yang tak ada sambungan
sebulan lepas tu pulak mimpi seorang hamba ALLAH berjubah putih.lepas tu pulak
ann mengalami mimpi yang agak menakutkan ann terjatuh dalam sebuah lubang yang
sangat dalam dan sangat hitam,ann cuba berlari dan cuba mencari jalan keluar tapi 
seakan-akan tak ada jalan keluar.



Bila ann dapat mimpi yang bagi ann ketika dulu pelik ann tak pernah terfikir pun
semua tu petujuk dari ALLAH untuk ann.beberapa hari lepas tu nenek ann sakit
ann yang kena jaga nenek sewaktu dekat hospital sebab ann yang paling free waktu 
tu.time tu ann jaga nenek pun sebab mak ann janji nak bagi upah.apa lagi ann pun sambar.

Bersama adik lelaki ann dan yang bertudung oren nenek ann

Sepanjang dekat hospital ann perhatikan nenek,nenek tabah sangat nenek tak mampu nak 
solat cara biasa,jadi nenek solat atas katil,time tue ann langsung tak solat nama jer anak 
ustazah tapi kehidupan ann time tue macam orang barat peras jerr lebih.ann perhatikan 
nenek dan pernah berbisik dalam hati ''kalau dah tak larat tak payah la solat''.time tu
sikit-sikit hati ann mula terbukak selepas dua minggu jaga nenek dekat hospital dan rumah.

Ann banyak tanya nenek macam soalan-soalan kenapa kita kena solat?kenapa wanita 
kena pakai tudung? dan lain-lain lagi.ann banyak dekat dengan nenek time dia solat
perlahan-lahan hati ann terbuka.lepastu ann mula belajar solat balik.

 Bonda yang tak pernah jemu mendoakan ann

Alhamdulillah kini ann dah berubah sepenuhnya terima kasih kepada mak ann yang 
tak jemu-jemu berdoa untuk ann dan mimpi yang terakhir ann berjaya keluar dari lubang 
gelap tu ann nampak cahaya dan lelaki berjubah putih tarik tangan ann keluar dari 
lubang gelap dan bawa ann kesebuah taman bunga yang sangat cantik.







.


Saturday, July 7, 2012

Warna - Warna Alam

Hey Guys!

Salam semua.kali nie ann berkesempatan 
untuk snap sikit-sikit sempat juga walaupun sibuk jerr 
ann masih lagi baru sorry ehh kalau ada antara
gambar-gambar ann nanti kurang memuaskan hati korang.


Ann masih lagi baru dalam bidang nie,boleh dikatakan
mentah lagi banyak lagi yang ann perlu belajar
dalam tengah berjinak-jinak nie ada jugalah kawan-kawan ann
yang jemput ann untuk jadi photograper wedding tak pun bertunang.
adusss besar tanggungjawab tue.


Jadi ann pun tolak secara baik,bukan ann tak minat
memang minat gilerrr tapi pikirkan tanggungjawab yang
besar dan baru setahun jagung ann fikir-fikir better ann tolak 
daripada hasilnya tak elok nanti ehhh takotnyerr
banyak ann tengok di internet gambar-gambar photographer 
yang dahh otai pun ada yang silap
nie kah ann yang mentah adusss hancusss hahahaha.


Target ann sekarang nie nak kumpul duit dan nak masuk
kelas photography sifu saiful nang dan mantapkan dulu 
skill ann bila ann dah betul-betul bersedia barulah ann 
try untuk snap wedding ataupun apa-apa pun acara penting.


banyak pula celotehh ann nie kat bawahh nie 
ada beberapa keping gambar-gambar ann yang sempat
ann snap.enjoy guys!


Gambar nie kat kampung ann dan sekitar kawasan
perumahan ann 


















Ini jerr yang sempat ann tunjuk untuk 
korang,sorry kalau picture ann nie kurang memuaskan
ann masih lagi baru dan tegah belajar.
kalau ada kesempatan ann akan tunjukan lagi
di lain hari.


kita jumpa lagi di lain hari akhir kata


Arigato gozaimasu dari ann dan bubay

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...