Friday, February 21, 2014

HIJRAH

Assalamualaikum semua!

kini ann kembali,terlebih dahulu ann ingin memohon maaf sebab terlalu lama
menyepi.bagi sesiapa yang mengenali ann atau menjadi friend untuk FB ann
mungkin anda mengetahui ann macam dulu.

Ann sekarang

Dulu ann pernah tersesat dan hampir-hampir jatuh ke dalam jurang kesesatan
kerana satu peristiwa,ianya banyak mengudah ann sepenuhnya,ann pun tak pernah
terfikir ALLAH memberi hidayah kepada ann melalui mimpi.mimpi yang berantai 
seakan-akan bersambung.

Rumah ALLAH yang mendamaikan

Pada awalnya seminggu berturut-turut ann mimpi jalan.jalan yang tak ada sambungan
sebulan lepas tu pulak mimpi seorang hamba ALLAH berjubah putih.lepas tu pulak
ann mengalami mimpi yang agak menakutkan ann terjatuh dalam sebuah lubang yang
sangat dalam dan sangat hitam,ann cuba berlari dan cuba mencari jalan keluar tapi 
seakan-akan tak ada jalan keluar.



Bila ann dapat mimpi yang bagi ann ketika dulu pelik ann tak pernah terfikir pun
semua tu petujuk dari ALLAH untuk ann.beberapa hari lepas tu nenek ann sakit
ann yang kena jaga nenek sewaktu dekat hospital sebab ann yang paling free waktu 
tu.time tu ann jaga nenek pun sebab mak ann janji nak bagi upah.apa lagi ann pun sambar.

Bersama adik lelaki ann dan yang bertudung oren nenek ann

Sepanjang dekat hospital ann perhatikan nenek,nenek tabah sangat nenek tak mampu nak 
solat cara biasa,jadi nenek solat atas katil,time tue ann langsung tak solat nama jer anak 
ustazah tapi kehidupan ann time tue macam orang barat peras jerr lebih.ann perhatikan 
nenek dan pernah berbisik dalam hati ''kalau dah tak larat tak payah la solat''.time tu
sikit-sikit hati ann mula terbukak selepas dua minggu jaga nenek dekat hospital dan rumah.

Ann banyak tanya nenek macam soalan-soalan kenapa kita kena solat?kenapa wanita 
kena pakai tudung? dan lain-lain lagi.ann banyak dekat dengan nenek time dia solat
perlahan-lahan hati ann terbuka.lepastu ann mula belajar solat balik.

 Bonda yang tak pernah jemu mendoakan ann

Alhamdulillah kini ann dah berubah sepenuhnya terima kasih kepada mak ann yang 
tak jemu-jemu berdoa untuk ann dan mimpi yang terakhir ann berjaya keluar dari lubang 
gelap tu ann nampak cahaya dan lelaki berjubah putih tarik tangan ann keluar dari 
lubang gelap dan bawa ann kesebuah taman bunga yang sangat cantik.







.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...